Kenapa GULA di panggil RACUN PUTIH?
Kajian menunjukkan minuman berGULA adalah punca kepada 185,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun iaitu
👉 133,000 akibat diabetes
👉 44,000 akibat penyakit jantung koronari
👉 6000 akibat penyakit kanser
Dengan hanya minum satu atau lebih 250ml (satu kotak/botol/tin) air berkarbonat /soda sehari akan meningkatkan risiko penyakit diabetes (jenis 2) sebanyak 18%
Minuman berGULA tinggi ini adalah punca pengambilan GULA secara berlebihan tanpa kita sedari terutamanya generasi muda
Menurut Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit (CDC) di USA, pengambilan minuman soda berGULA tinggi adalah punca kepada penyakit seperti
👉diabetes jenis 2
👉berlebihan berat badan & obesiti
👉penyakit jantung koronari
👉penyakit buah pinggang
👉penyakit hati berlemak (NAFLD)
👉kerosakan gigi dan gigi berlubang
👉penyakit radang sendi GOUT
Jika memilih untuk hidup SIHAT dan mementingkan kesihatan kita maka kita tiada pilihan lain melainkan meninggalkan GULA dalam pemakanan dan minuman harian kita.. insyaallah
Gunakanlah pemanis gantian yang lebih sihat seperti
👉Madu
👉Gula Kabung /Gula Melaka
👉Stevia
Hidup Sihat tanpa GULA!!
#manissihatstevia
#covid19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan